PERUTUSAN DARI PIHAK PENGURUSAN (K.A.N.)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW kaum keluarga dan hahabat-sahabat baginda serta para pejuang agama hingga ke akhir zaman.
Kepada semua dermawan yang sudi menginfakkan sebahagian harta untuk pembangunan ummah di Kediaman Abu Nur khasnya dan diseluruh pelusuk dunia amnya, kami doakan dermawan sekelian sentiasa di bawah lembayung rahmatNya.

Diperingkat awal penubuhan pusat jagaan ini, kami menyediakan penempatan untuk warga emas. Memandangkan kewangan yang terhad dan kos penjagaan warga emas agak tinggi iaitu dari segi perubatan dan tenaga kerja mahir, pihak kami terpaksa batalkan permohonan kemasukan warga emas ke Kediaman Abu Nur.

Pada masa ini Kediaman Abu Nur hanya menempatkan anak-anak yatim/miskin (yang memerlukan). Anak-anak di sini boleh memilih salah satu diantara dua aliran iaitu Sekolah Menengah /Sekolah Kebangsaan atau Pengajian Dan Pemahamam al-Quran sepenuh masa yang diadakankan di Kediaman Abu Nur.

Kediaman Abu Nur masih mengalu-alukan setiap sumbangan agar hasrat untuk membantu golongan sasar terlaksana. Besarlah harapan kami agar pihak demawan sekelian dapat beterusan meyemai benih sebagai saham di akhirat nanti.

Sekian, Segala usaha dan kerjasama dermawan sekelian hanya mampu kami ucapkan jutaan terima kasih namun doa tetap kami pohonkan agar kelian sentiasa di bawah pemeliharaan Nya.
Aamiin.

Dari pihak pengurusan.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *